Pada 2 hingga 5 Disember, AR serta 10 orang peserta telah mengadakan lawatan ke Bukittinggi. Lawatan ini khusus untuk membuat kajian mengenai Hamka. Selama 4 hari 3 malam, kami telah dibawa untuk mendekati budaya masyarakat minangkabau, kehidupan Hamka serta yang penting bertemu dengan anak buah Hamka untuk mengetahui dengan lebih lanjut kehidupan Hamka. Sesungguhnya kajian yang diusahakan Ikatan Persuratan Melayu atau IPM ini penting untuk mengetengahkan HAMKA yang menjadi ikon untuk tokoh perjuangan, intelektual dan sasterawan nusantara.
Chalet Sena Bayu, Kuala Sungai Baru, Melaka
Chalet yang menggabungkan seni bina tradisional dan moden. Terletak di hadapan Pantai Selat Melaka.
Thursday, 15 December 2016
Monday, 7 November 2016
Hari Keluarga Waja Club
Pada 5 November 2016, Chalet Sena Bayu menerima kehadiran tetamu dari Waja Club Crew Nilai. Anggota kelab ini telah menyertai acara futsal di Batu Berendam, Melaka. Kesempatan itu juga telah diambil oleh mereka untuk mengadakan acara Hari Keluarga Waja Club Crew Nilai. Ini merupakan acara 2+1. Aktiviti utama yang mereka lakukan ialah mengadakan bbq pada sebelah malam dan bersantai di pantai. Sesungguhnya acara hari keluarga ini penting bagi merapatkan silaturahim sesama ahli persatuan dan saling kenal mengenal sesama mereka.
Monday, 3 October 2016
Komen pengunjung sena bayu
"Semua ahli keluarga saya seronok berada di sini(Sena Bayu). Tempat ni tidak sesak. Pantai betul-betul depan chalet. Jalan depan tidak sibuk. Kami sekeluarga dapat buat aktiviti keluarga dengan aman. Anak-anak dapat mandi laut dengan selesa kerana laut tidak dalam."
Pengujung dari Kuala Lumpur ini bercuti bersama keluarga ipar duainya. Mereka menyewa bilik family suite serta 5 buah chalet.
Pengujung dari Kuala Lumpur ini bercuti bersama keluarga ipar duainya. Mereka menyewa bilik family suite serta 5 buah chalet.
Sunday, 2 October 2016
Gelagat Pengunjung Sena Bayu
Kekadang kelakar jugak tengok pengunjung Sena Bayu. Ayah panjat pokok dan si anak menjerit "ayah buat apa tu?". Mungkin ini pengalaman biasa buat si ayah semasa kecil tetapi amat luar biasa buat si anak terutamanya yang tinggal di bandar besar. Di hadapan Chalet Sena Bayu terdapat pokok ponet yang dianggarkan berusia 80 tahun. Para pengunjung yang ingin melepas gian bolehlah memanjat pokok ini. Bagi yang lebih berani munhkin boleh mencuba panjat pokok dan kemudian terjun ke dalam laut ketika air pasang besar.
Saturday, 30 April 2016
Hari Keluarga 1 Mei
Wajah-wajah ceria penghuni Chalet Sena Bayu sempena cuti 1 Mei. Terdapat keluarga dari Shah Alam, Kelang dan Senenyeh. Mereka memilih penginapan 3 Hari 2 Malam di Chalet Sena Bayu untuk aktiviti hari keluarga. Kesemua 12 bilik penuh dibooking. Pihak pengurusan Chalet Sena Bayu ingin memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi semua permintaan pelanggan yang ingin membuat tempahan biluk pada saat akhir. Kami cuma mampu menyediakan 12 bilik sahaja.
Friday, 12 February 2016
Wednesday, 30 December 2015
Tambahan Bilik Chalet Yang Baharu
Syukur alhamdulillah berkat sokongan para pelanggan maka 6 unit lagi bikik chalet telah dapat ditambah di Chalet Sena Bayu. Tambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan bilik diChalet Sena Bayu menjadi 10 buah bilik chalet dan sebuah family suite.
Subscribe to:
Posts (Atom)