TAWARAN ISTIMEWA RM100 SEBILIK PADA HARI ISNIN HINGGA KHAMIS SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN 2014 (KECUALI CUTI UMUM)
Chalet yang menggabungkan seni bina tradisional dan moden. Terletak di hadapan Pantai Selat Melaka.
Friday, 14 November 2014
Tawaran Istimewa Sempena Cuti Sekolah
Sempena cuti persekolahan hujung tahun ini Chalet Sena Bayu amat berbesar hati untuk mengadakan tawaran istimewa bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh para pengunjung Sena Bayu.
Wednesday, 5 November 2014
Monday, 3 November 2014
Tempat-Tempat Menarik Di Negeri Melaka
"Tak kenal maka tak cinta," Melaka sememangnya terkenal dengan sejarah dan tempat pelancongannya yang cantik dan menarik. Oleh itu anda tidak akan rugi jika melancong ke negeri Melaka. Antara tempat-tempat menarik di Melaka ialah:-
Zoo Melaka
Zoo
Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini terdapat lebih dari
214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula
jadi.
Zoo ini
dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Zoo Melaka dibangunkan
di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963. Pada mulanya Zoo Melaka
ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih
oleh Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
Zoo
Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas
Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen
daripada 215spesis haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Tarikan utama
Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan
rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk
membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa
makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun
tidur.
Zoo
Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk
membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara
jam 8:00 - 11:30 malam.
Menara Taming Sari
Menara Taming
Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar
Hilir, Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360
darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan.
Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos
pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18
aPRIL 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming
Sari.
Ia
mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10
pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga
emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan
harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang
dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang
dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7
minit.
Lokasi
asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys)
namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat
runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak
arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming
Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.
Melaka River Cruise
Alami pelayaran yang
menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati
pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda,
rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik
peninggalan sejarah warisan dunia.
Kota A
Famosa
Peninggalan Penaklukan
Portugis Kota A Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina
oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan
yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu
dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga
ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak
seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang
digunakan pengunjung untuk bergambar sakan.
Bangunan
Stadhuys
Merahnya Dataran
Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh
penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi
Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil
Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun,
kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara
Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan
Sastera untuk dikunjungi pelancong.
Jonker
Street
Baba Nyonya dan
Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan
keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk
merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu
kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat
hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan
popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya
Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan
jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.
Dataran
Pahlawan
Makan-Makan,
Ole-Ole dan Macam-Macam Dataran Pahlawan ini attraction baru yang
dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual
cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang
menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi
pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di
waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.
Taman
Buaya Melaka
Taman Buaya Melaka mempunyai
kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang
hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan
persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada
setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda
tidak senang duduk.
Tarikan terbaru di Taman
Buaya yang menjadi salah satu tarikan utama kepada pengunjung
ialah Taman Permainan
Air. Terbuka
kepada semua dan ia mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dan kedalaman diantara
1.5' dan 2.5'.Tarikan lain di taman ini termasuklah rumah hantu dan pelbagai
kemudahan rekreasi yang lain.
Hutan Rekreasi Tanjung
Tuan
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah dan bersempadan
dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Ianya tidak jauh dari bandar Melaka, iaitu
kira-kira 20 minit menaiki bas. Pantai ini adalah kawasan rekreasi yang baru
dibangunkan untuk memenuhi keperluan kemudahan kawasan rehat untuk
sekeluarga.
Pelbagai aktiviti boleh
dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan
berenang (risiko adalah tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan
menunggang kuda, tetapi caj dikenakan.
Setiap pagi, ramai penduduk
dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap udang geragau (sejenis
udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga
Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut tiupan angin
monsun.Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat belacan dan
cencaluk.
Sementara itu, pada setiap
hari Ahad dari 4.30 petang ke 6.30 petang terdapat persembahan “Dondang
Sayang†percuma.Banyak gerai-gerai makanan dan buah-buahan disepanjang pantai
untuk kemudahan para pengunjung mendapatkan hidangan tanpa bersusah payah
membawa bekal. Suasana di pantai ini menjanjikan kedamaian untuk anda melepaskan
tekanan diri dan mendapatkan ilham baru.
Taman
Rama-rama & Reptilia
Satu lagi tempat menarik untuk
dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang
menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia.
Selain rama-rama, yang
merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai
jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis
serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli
geleman.
Menyaksikan reptilia ini
secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih
memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap
ini.
Disalin dari blog Destinasiku.
Subscribe to:
Posts (Atom)