Wednesday, 22 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pihak pengurusan Chalet Sena Bayu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga muslimin tidak kira di mana jua anda berada. Maaf zahir dan batin.
Sempena lebaran ini pastinya ada kisah suka duka yang ingin dikongsikan bersama. Sewajarnya Syawal ini harus diisi dengan perasaan riang gembira kerana itulah tuntutan agama kita.
Pada musim cuti perayaan ini chalet Sena Bayu turut disewa oleh beberapa orang pengunjung. Ada antara mereka yang pulang berhari raya di  kampung. Oleh kerana keluarga mereka agak besar maka mereka memilih untuk menyewa bilik di Sena Bayu untuk keselesaan ketika tidur sewaktu pulang berhari raya di kampung. Terdapat juga antara mereka yang tiada lagi rumah di kampung halaman (sama ada rumah kampung sudah dijual atau tiada rumah tua), mereka memilih untuk bermalam di Sena Bayu. Ini bagi memudahkan mereka melawat sanak saudara yang masih ada. Pihak pengurusan Sena Bayu ingin memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan bilik yang mencukupi kepada semua pengunjung. Bilangan bilik adalah terhad namun permintaan adalah di luar jangkaan. InsyaAllah selepas Syawal ini Sena Bayu mengorak langkah untuk menambah bilangan bilik yang sedia ada. Sena Bayu dalam proses untuk menambah enam buah bilik lagi di Sena Bayu. Terima kasih kerana sudi memilih Chalet Sena Bayu sebagai destinasi untuk berehat atau memilih Sena Bayu sebagai tempat untuk bercuti bersama keluarga. Harapan kami semoga para pengunjung dapat membuat tempahan awal bagi mengelakkan kesulitan pada saat akhir. Ini penting bagi tujuan menjamin keselesaan percutian anda.