Chalet yang menggabungkan seni bina tradisional dan moden. Terletak di hadapan Pantai Selat Melaka.
Sunday, 18 October 2015
Penulis Zamidah Hashim Menginap di Sena Bayu
Pada hari ini giliran penulis novel dan penulis skrip drama pula menginap di Chalet Sena Bayu. Puan Zamidah Hashim yang terkenal dengan novel Tiga Enigma Cinta telah menginap di Sena Bayu. Beliau bersama keluarga serta adik beradiknya telah mengadakan 'Family Gathering' di Chalet Sena Bayu. Sambil menikmati angin yang bertiup dari pantai Selat Melaka, Puan Zamidah sempat menyatakan kekesalannya "alamak terlupa bawa komputer pulak!". Kalau ada komputer mungkin idea akan datang mencurah-curah. Apa pun kami di Sena Bayu mengharapkan percutian di Chalet Sena Bayu akan membuahkan idea bernas dalam penulisan kreatif beliau yang akan datang. Terima kasih kerana sudi menginap di Chalet Sena Bayu. Semoga Puan Zamidah terus sukses dalam bidang penulisan kreatif.
Subscribe to:
Posts (Atom)