"Semua ahli keluarga saya seronok berada di sini(Sena Bayu). Tempat ni tidak sesak. Pantai betul-betul depan chalet. Jalan depan tidak sibuk. Kami sekeluarga dapat buat aktiviti keluarga dengan aman. Anak-anak dapat mandi laut dengan selesa kerana laut tidak dalam."
Pengujung dari Kuala Lumpur ini bercuti bersama keluarga ipar duainya. Mereka menyewa bilik family suite serta 5 buah chalet.
Chalet yang menggabungkan seni bina tradisional dan moden. Terletak di hadapan Pantai Selat Melaka.
Monday, 3 October 2016
Sunday, 2 October 2016
Gelagat Pengunjung Sena Bayu
Kekadang kelakar jugak tengok pengunjung Sena Bayu. Ayah panjat pokok dan si anak menjerit "ayah buat apa tu?". Mungkin ini pengalaman biasa buat si ayah semasa kecil tetapi amat luar biasa buat si anak terutamanya yang tinggal di bandar besar. Di hadapan Chalet Sena Bayu terdapat pokok ponet yang dianggarkan berusia 80 tahun. Para pengunjung yang ingin melepas gian bolehlah memanjat pokok ini. Bagi yang lebih berani munhkin boleh mencuba panjat pokok dan kemudian terjun ke dalam laut ketika air pasang besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)