Pada 2 hingga 5 Disember, AR serta 10 orang peserta telah mengadakan lawatan ke Bukittinggi. Lawatan ini khusus untuk membuat kajian mengenai Hamka. Selama 4 hari 3 malam, kami telah dibawa untuk mendekati budaya masyarakat minangkabau, kehidupan Hamka serta yang penting bertemu dengan anak buah Hamka untuk mengetahui dengan lebih lanjut kehidupan Hamka. Sesungguhnya kajian yang diusahakan Ikatan Persuratan Melayu atau IPM ini penting untuk mengetengahkan HAMKA yang menjadi ikon untuk tokoh perjuangan, intelektual dan sasterawan nusantara.