Sempena kedatangan tahun baru 2015, pihak pengurusan Sena Bayu ingin memaklumkan beberapa kemudahan tambahan yang disediakan khusus kepada mereka yang memilih Sena Bayu sebagai tempat menginap. Kemudahan tambahan ini disediakan sebagai menghargai sokongan padu yang diberikan oleh pengunjung yang bercuti di Sena Bayu sebelum ini.
Kemudahan yang dimaksudkan ialah kemudahan dapur untuk memasak. Pihak pengurusan Sena Bayu mendapati rata-rata rakyat Malaysia yang bercuti bersama keluarga suka memasak di tepi pantai. Apabila aktivti memasak dilakukan maka mereka dapat menjimatkan duit perbelanjaan sewaktu bercuti. Namun apa yang lebih penting ialah aktiviti memasak dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menyedari hakikat ini maka pihak pengurusan Sena Bayu cuba sedaya upaya bagi menyediakan kemudahan yang dapat mengembirakan hati pengunjung Sena Bayu. Kami berbesar hati untuk menyediakan kemudahan ini biarpun pengunjung cuma menyewa sebuah bilik sahaja di Sena Bayu. Namun perlu diingat ialah dapur ini harus dijaga kebersihannya dan aspek keselamatan juga harus dititikberatkan bagi pengunjung yng menggunakan kemudahan ini.
Kemudahan kedua yang disediakan ialah kemudahan basikal. Kami telah menjalankan tempoh percubaan dalam penggunaan basikal di Sena Bayu selama sebulan dan rata-rata para pengunjung amat seronok menggunakan kemudahan ini. Kemudahan ini adalah seadanya oleh itu harus dikongsi dengan pengunjung lain.
Kemudahan ketiga ialah kemudahan dapur BBQ. Kemudahan ini cuma disediakan kepada pengunjung yang menyewa sekurang-kurangnya 2 bilik. Para pengunjung boleh membuat BBQ ditempat yang disediakan.
Kemudahan dapur memasak, BBQ dan basikal ini bukan hak tetapi sebagai kemudahan sampingan. Para pengunjung boleh berkongsi penggunaannya dengan pengunjung lain kecuali para pengunjung yang menyewa keseluruhan bilik di Sena Bayu untuk tujuan 'family gathering'.
Terima kasih atas sokongan anda kepada Sena Bayu selama ini. Selamat Tahun Baru 2015
No comments:
Post a Comment