Wednesday, 3 June 2015

Kemudahan di dalam 1 bilik chalet


Inilah antara kemudahan yang ada disediakan di dalam chalet berkeluasan 12'X12' di Sena Bayu. Terdapat 4 buah chalet di Sena Bayu selain apartmen 2 bilik. Setiap chalet mempunyai pintu yang tersendiri. Antara kemudahan yang disediakan ialah sebuah katil bersaiz queen (cuma sebuah chalet sahaja yang punya 2 katil single iaitu chalet no 3). Setiap chalet punya air cond, kipas, almari baju, televisyen, water heater, kerusi rehat 2 berserta sebuah meja, towel 2, air mineral, cawan, tisu, sejadah dan sabun mandi. Pengunjung juga boleh menyewa tilam tambahan jikalau perlu. Pengunjung juga boleh mendengar deruan ombak kerana kedudukan Sena Bayu yang begitu hampir dengan pantai. Selamat beristirehat.








No comments:

Post a Comment